Khamis, 9 Disember 2010

MAJLIS BERKHATAN ANAK SABRI

ZAMZURI-adik Sabri bersama suami Murni

Sabri sibuk menyusun berkat


Sabtu, 27 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN NURUL FAEZAH

27 Disember 2010 bersamaan 20 Zulhijjah 1431 hijriah
berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudaraku
Nurul Faezah Baharuddin dengan Mohd Fidaiy Hasan
di kampung mereka Pt Sri Bahrom , Rengit
Tetamu mulai datang dan meraikan pengantin


Peluang untuk berjumpa Puan Marfiah

Saudara Sahrimon dari Seri Medan (sahabat En Baha) turut hadir
dalam majlis ini, yang berbaju biru itu.

Puan Marfiah dari dekat

Aliff Iskandar bersama mama

Ustaz Baharuddin Sodono, Tuan Rumah mengambil nafas sekejap.

Makan...silalah makan.....!

Tuan rumah pun sibuk membahagi berkat.

Hj Royan dan Ustaz Mahyudi dari Pt Sulong juga telah datang
ke majlis ini.

Kelihatan Datuk Rahman Siraj, jiran kami di Seri Medan nampaknya!

Ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya. Ya
kelihatan sungguh segak Sdra Fidaiy kita!

Macam sultan pulak aku hari ni...pakai spek hitam ni kan
kurang malu sikit.


Takkan sekampung pun nak kena TOL? Ramainya...!
Habislah duit aku...?

Patut-patutlah....tak kan nak naya kawan sekampung?

Tak cukup lagi? Kejam betullah korang ni.

Ada lagi? Ramai betul...! Adeh...macamana ni?
(Tol ke 2).

Cepatlah bang...bagilah banyak sikit....!

Okey ya, semua dah dapat? Bolehlah lepaskan kami...?

Tol Terakhir. Mak Andam ni lah yang paling mahal.
Biasa antara RM 50 - RM 100

Alamak...malu-malulah pulak?

Selamat Pengantin Baru!!!!!
Selamat Pengantin Baru!!!!

Bonda kami bersama Pn Siti

Panas, lepaklah aku kat bawah pokok ni.


Haikal dan Hakimi anak Moslim

Saudara Azli seronok bersembang.

Nazri tekun mendengar perbualan.

Hj Johari bercerita pelbagai perkara.

Avanza Amoi kawan Faezah nyaris-nyaris menjunam ke dalam parit.

Anak Nurul Adiah yang cute...Cucu aku ni

Avanza dapat diselamatkan oleh wira-wira Pt Sri Bahrom, Rengit.

Amoi kawan sekolah Faezah, yang Avanzanya hampir mandi di parit.

Rabu, 24 November 2010

ADHAM-KE MANTIN NEGERI SEMBILAN

Akhirnya aku sampai di rumah Anis dn Roslee
di Cheras

Aku bersama-sama cucu-cucuku, anak Anis.
Ramai dah cucu saudaraku. 12 orang.


Anis dan Rosli antara warga Kuala Lumpur yang membela ayam.
Hebatkan mereka!
Ham mula melaporkan diri di pondok kawalan


Kursus untuk warga kerja baru di PLKN Mantin, Negeri Sembilan


Ham akan bertugas sebagai
Juruteknik Komputer
di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Mula masuk bilik penginapan sepanjang kursus 10 hari

Pilihlah mana-mana katil yang kamu suka
Bye bye Abah, semua .....doakan Ham berjaya