Memaparkan catatan dengan label PERKEMBAGAN TERKINI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKEMBAGAN TERKINI. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

EN TIMYATI TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN

En Timyati (bertopi) bersama anaknya Amirul-Gambar Jun 2011

PT WARIJO-13 Disember. En Timyati Sodono telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di jalan Kampung Parit Warijo, Seri Medan pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Namun kaum kerabat hanya dapat mengetahuinya pada jam 6.00 petang. Ini kerana anak-anak beliau begitu terperanjat dan panik sehingga lupa hendak menghubungi kami.


Muhammad Amirul dan Muhammad Farhan telah berada di hospital sejak awal petang, dan pulang memberitahu Siti dan Kak Saripah.

Kemalangan berlaku apabila Motosikal Yamaha yang membawa gerabak muatan kelapa sawit, tiba-tiba TERBERHENTI dengan sendiri (jem) dan beliau terjatuh di tengah jalan. Ketika itu beliau melambai-lambai kepada orang yang lalu-lalang, dan ada orang Pt Baru yang lalu di situ. Ambulans dipanggil dan membawanya ke hospital dengan segera.

Saya baru menziarahinya pada jam 8.30 malam tadi. Turut bersama-sama di situ ialah Ustazah Amanah dan suaminya Rosli Katiman dan anaknya Jihad dan dua orang anak kecilnya yang comel itu. Kak Saripah datang lebih awal pada jam 7.00 petang bersama-sama Hj Johari dan bonda Hjh Tumut. Saya sempat berbual-bual dengan mereka bagi membincangkan masalah tersebut, dan langkah-langkah seterusnya yang harus kami ambil. Maklumlah beliau mempunyai tanggungan yang agak berat juga.

Semasa menemuinya di katil 13 Wad 8, saya sempat bertanya doktor yang merawatnya. Doktor menjelaskan kaki kanan (bahagian betis) En Timyati telah patah dua dan perlu pembedahan segera. Untuk itu seorang pewaris haruslah menandatangani surat kebenaran pembedahan. Amirul telah menandatangani surat itu. Dan pembedahan telah dilakukan jam 9.30-11.00 tadi. Kini En Timyati telah sedar dan dijaga oleh dua orang anak lelakinya itu.

Saya memohon maaf kerana saya tidak mengambil sebarang gambar berkaitan, memandangkan ketika saya melawatnya jam 8.30 malam tadi, beliau dikelilingi oleh doktor dan jururawat bertugas.

Oleh:Matsomherbs


Rabu, 24 November 2010

ADHAM-KE MANTIN NEGERI SEMBILAN

Akhirnya aku sampai di rumah Anis dn Roslee
di Cheras

Aku bersama-sama cucu-cucuku, anak Anis.
Ramai dah cucu saudaraku. 12 orang.


Anis dan Rosli antara warga Kuala Lumpur yang membela ayam.
Hebatkan mereka!
Ham mula melaporkan diri di pondok kawalan


Kursus untuk warga kerja baru di PLKN Mantin, Negeri Sembilan


Ham akan bertugas sebagai
Juruteknik Komputer
di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Mula masuk bilik penginapan sepanjang kursus 10 hari

Pilihlah mana-mana katil yang kamu suka
Bye bye Abah, semua .....doakan Ham berjaya

Sabtu, 6 Mac 2010

KERETA HJ JOHARI & HJH SARIPAH



Selama ini Hj Johari menunggang motosikal untuk ke bandar. Dulu ada kereta Toyota KE, tetapi kini kereta itu telah tersadai jadi besi buruk. Moga-moga Anis dan Putri Cahaya berasa tenang sedikit setelah ayah mereka membeli Kancil merah ini. Tidaklah risau mengenangkan ayah dan ibu berpanas dan berhujan apabila hendak ke mana-mana, terutama ke Batu Pahat. -Dicatat oleh MSOM

Selasa, 9 Februari 2010

KANG JURI YANG GIGIH


Kubis dan keledek hasil titik peluh
Kang Juri