
En Timyati (bertopi) bersama anaknya Amirul-Gambar Jun 2011
Muhammad Amirul dan Muhammad Farhan telah berada di hospital sejak awal petang, dan pulang memberitahu Siti dan Kak Saripah.
Kemalangan berlaku apabila Motosikal Yamaha yang membawa gerabak muatan kelapa sawit, tiba-tiba TERBERHENTI dengan sendiri (jem) dan beliau terjatuh di tengah jalan. Ketika itu beliau melambai-lambai kepada orang yang lalu-lalang, dan ada orang Pt Baru yang lalu di situ. Ambulans dipanggil dan membawanya ke hospital dengan segera.
Saya baru menziarahinya pada jam 8.30 malam tadi. Turut bersama-sama di situ ialah Ustazah Amanah dan suaminya Rosli Katiman dan anaknya Jihad dan dua orang anak kecilnya yang comel itu. Kak Saripah datang lebih awal pada jam 7.00 petang bersama-sama Hj Johari dan bonda Hjh Tumut. Saya sempat berbual-bual dengan mereka bagi membincangkan masalah tersebut, dan langkah-langkah seterusnya yang harus kami ambil. Maklumlah beliau mempunyai tanggungan yang agak berat juga.
Semasa menemuinya di katil 13 Wad 8, saya sempat bertanya doktor yang merawatnya. Doktor menjelaskan kaki kanan (bahagian betis) En Timyati telah patah dua dan perlu pembedahan segera. Untuk itu seorang pewaris haruslah menandatangani surat kebenaran pembedahan. Amirul telah menandatangani surat itu. Dan pembedahan telah dilakukan jam 9.30-11.00 tadi. Kini En Timyati telah sedar dan dijaga oleh dua orang anak lelakinya itu.
Saya memohon maaf kerana saya tidak mengambil sebarang gambar berkaitan, memandangkan ketika saya melawatnya jam 8.30 malam tadi, beliau dikelilingi oleh doktor dan jururawat bertugas.
Oleh:Matsomherbs